MASA DERAS BERLALU - TIME CHASING YOU

TIME WILL NEVER DIE, IT WILL MAKE YOU SHY, SO LET US CHASE IT WHEN GOING SO HIGH; LIFE GOES BYE-AND-BYE, IT WILL NEVER DIE.

Wednesday, September 7, 2011

DESAPUISIKOTAPUISIDESAPUISIDESAPUISIKOTAPUISIDESAPUISI: Siapa Pengasas PENTAS ?#links

DESAPUISIKOTAPUISIDESAPUISIDESAPUISIKOTAPUISIDESAPUISI: Siapa Pengasas PENTAS ?#links

Siapa Pengasas PENTAS ?

PENTAS singkatan perkataan Persatuan Penulis Teluk Anson (kini Teluk Intan)telah tertubuh setelah setahun selepas 13 Mei 1969 iaitu pada tahun 1970.Diasaskan dari inisiatif rakan-rakan seperjuangan yang berada di Hilir Perak ketika itu.Kami terdiri dari kalangan guru-guru sekolah kebangsaan,wartawan tempatan dan penulis separuh serta kakitangan kerajaan.

Betapa perlunya persatuan supaya dapat bergerak dengan badan-badan penulis di Malaysia.Terdapat hanya 2 buah persatuan penulis di negeri Perak yang diiktiraf oleh badan gabungan penulis Malaysia iaitu GAPENA.Iaitu LEPAS,Kuala Kangsar dan PENTAS,Hilir Perak.

Kami mengadakan menyuarat penubuhan persatuan di sebuah rumah kuarters kerajaan kastam,dekat setesen keretapi wharf.Rumah itu didiami oleh sdr Ibrahim Tahir,seorang guru agama Islam sekolah kebangsaan.

Di sinilah kami mula-mula bermesyuarat.Hadir ketika ialah:
1. Sdr Othman Rasul - Guru Sekolah Kebangsaan,Tukang Sidin.
2. Sdr Hamzah Kardi - Guru Sekolah Kebangsaan,Kg.Bell.
3. Sdr Ibrahim Tahir - Guru Agama Islam,Sek.Keb.Teluk Anson.
4. Sdr Mokhtar Sah Malik - Guru Sek.Keb.Permatang,Sg.Manik.
5. Sdr Kiwam Hj.Bahari - Penulis Bebas,Selekoh.
6. Sdr Sayuti Ilham - Penulis Daerah,Sungai Balai.
7. Sdr Hussein Yasman - Wartawan Daerah,Hilir Perak.
8. Sdr Mutalib Hasnan - Pembamtu Hospital Teluk Anson.
9. Sdr Kamariah Omar Shah - Guru Sek.Keb.Cina,San Min.
10.Sdr Yahaya Zakaria - Guru Sek.Keb.Chenderong Balai.

Motif perjuang untuk memertabatkan bahasa,budaya,kesusasteraan,dan penulisan berita serta rencana.

Kegiatan dilakukan secara sukarela,demi untuk memajukan anak-anak muda sekitar hilir Perak mempertingkatkan ilmu dalam bidang sastera.