MASA DERAS BERLALU - TIME CHASING YOU

TIME WILL NEVER DIE, IT WILL MAKE YOU SHY, SO LET US CHASE IT WHEN GOING SO HIGH; LIFE GOES BYE-AND-BYE, IT WILL NEVER DIE.

Tuesday, March 30, 2010

Ulangtahun

Cucuku comel sekali,
petah bicara kata;
Matanya tajam berperi,
mendengar rakan berbicara,

Thursday, March 25, 2010

jenjarum namanya

Jenjarum nama diberi,
merah warna bertambah;
Harum tiada berseni,
indah rupa di celah.

Pak Akob Bulat Meninggalkan Kita

Rumah ini ada kematian,
secebis kain putih bertanda;
Pak Akob meninggalkan kalian,
sedih rasanya keluarga yang ada.

Monday, March 22, 2010

Sultan Abd.Samad

Perintah raja perintah dijunjung,
menjadi pengawal ke mana sahaja;
Titah beta pasti disanjung,
pacar sekelian ikut bersama.

Saturday, March 13, 2010

Intim

Si jantan menunjukkan minatnya,
mengajak si betina memakan gandum;
'Janganlah malu ambillah semuanya,
lepas makan kita terbang ke bumbung'.

Friday, March 12, 2010

Merpati

Tengah hari dipanah cahaya terik,
dua merpati mencari rezeki;
Dari taburan gandum yang berselerak,
di bawah tayar kereta kami.

Wednesday, March 10, 2010

Tandas Modern

Tandas modern hari ini,
dimasukkan siling ke dalam slot;
Pintu tandas terbuka nanti,
gunakan tandas hanya 15 minit cukup,kot!
(pintu akan terbuka sendiri)


Tuesday, March 9, 2010

Raja Sehari

Raja sehari di bulan Februari,
ikatan termeteri dalam cincing di jari;
Kenangan abadi untuk mengisi perjalanan,
dalam melayari bahtera yang aman. 

Sungai Pahang


Sungai Pahang
aku mahu menyeberang
kau gagah dan ganas
kau tidak kenal belas kasihan.

Sungai Pahang
aku perlu menyeberang;
kau kuasai air
aku,
kuasai
jiwaku.


Mokhtarsahmalik
6Mac2010