MASA DERAS BERLALU - TIME CHASING YOU

TIME WILL NEVER DIE, IT WILL MAKE YOU SHY, SO LET US CHASE IT WHEN GOING SO HIGH; LIFE GOES BYE-AND-BYE, IT WILL NEVER DIE.

Sunday, July 6, 2008

Penageh Simpati dari Aghfanistan (Aghfan's Beggar)

Setiap Jumaat dia akan berada di masjid sekitar Lembah Mewah ini.
Bukan kerana hanya hendak bersolat Jumaat,katanya,'Aku musafir dari Aghfanistan.Lari daripada kesusahan hidup di sana.'
Dia akan berada di hadapan pintu pagar selepas solat Jumaat.Menageh simpati dengan menadah tapak tangan.Jika tiada yang menghulur derma,dia akan menuju kepada jemaah yang baharu keluar di pintu masjid,lalu meminta wang.Laungnya lagi dengan suara yang agak kuat,"Fisabillilah ! fisabillilah !"
Ada juga yang bersimpati, lalu mencampakkan RM 1.00 atau 2.00 ke tangannya yang sedia terhulur.
Kadangkala pengemis Aghfan ini kita boleh dapati di gerai-gerai makan yang menjadi tumpuan orang ramai.Terutama yang beragama Islam.Di situlah dia akan mendatangi kita yang sedang hendak menghadapi makanan.Tangannya dihulur menageh simpati dari kemurahan rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia ini begitu mulia dan sunguh bermurah hati,tidak kira siapa terus menyumbang.Padahal pendatang ini sehat,tidak merempat.Cukup segala anggota,datang ke sini adakah hanya hendak mengemis ? Sama-sama kita fikirkanlah manusia seperti ini. Penageh simpati yang tua ini dari Aghfanistan.Badan sihat dan berpakaian kemas,sedang menanti di depan pintu masjid Jamek Kuala Lumpur.Aku sempat merakam fotonya.Bila aku tiada respon untuk menghulur, dihalau aku supaya pergi jalan dari situ.
Pantun:
Berperang di Russia pergi menyeberang
Galah di lompat menjadi langkah
Datang ke Malaysia lari dari perang
Fisabilillah dengan meminta sedekah
Translation:
War in Russia leaving the land
Pole-vault jumper being the steps
Escaped to Malaysia run from wars
Begging for living ways of Sabilillah