MASA DERAS BERLALU - TIME CHASING YOU

TIME WILL NEVER DIE, IT WILL MAKE YOU SHY, SO LET US CHASE IT WHEN GOING SO HIGH; LIFE GOES BYE-AND-BYE, IT WILL NEVER DIE.

Wednesday, December 3, 2008

Selamat Tinggal Seniman Negara







'Selamat Tinggal Seniman Negara'


apa yang kau tinggalkan ialah khazanah teater hidup yang berselerak di dada majalah,jurnel,tv dan panggung,


Sejak tahun 50-an lagi kau telah berjinak dengan teater radio dan tv.Ketika itu aku masih ingat ''Let's Get Together''.


Betapa kita terus mencari identiti,mencari misteri hidup.Di zaman dharurat,di mana komunis bermaharaja lela.Kau rakam dalam drama "Going North" atau "Menuju ke Utara".Kisah seorang tua menunggu anaknya pulang bercuti di kampung.Anaknya seorang mahasiswa,harapan orang tua menemui anaknya.Tiada kesampaian.Bila ditanya kepada Ketua Stesen KTM,keretapi tidak akan tiba kerana diserang oleh askar komunis. Nyatalah tidak berlaku yang hilang ialah orang tua itu.Hanya tasbih dan tongkatnya sahaja dijumpai oleh anaknya di stesen kereta.


Keretapi terus menuju ke utara ! Orang tua itu sudah tiada.