MASA DERAS BERLALU - TIME CHASING YOU

TIME WILL NEVER DIE, IT WILL MAKE YOU SHY, SO LET US CHASE IT WHEN GOING SO HIGH; LIFE GOES BYE-AND-BYE, IT WILL NEVER DIE.

Thursday, February 19, 2009

Alam Tercemar di Ibukota

Burung gagak ini memberanikan diri,menanti di belakang sebuah restoran mamak menunggu sisa buangan seperti perut ikan,kaki ayam,perut ayam,dan lain-lain yang boleh menjadi rezeki yang enak untuk si gagak dan keluarganya.Terlalu banyak berkeliaran di sekitar taman perumahan.Kumpulan gagak ini akan membuat sarang di atas pokok angsana yang tinggi.Kecerdasan gagak ini sangat pandai memilih bahan pembinaan sarangnya.Ia tidak lagi mengambil ranting yang jatuh patah untuk membuat sarangnya.
Aku dan isteri hairan kenapa penyangkut baju besi yang disalut dengan plastik selalu jatuh ke bawah dan hilang.Rupa 'hanger' ini telah dicuri dan dibawa terbang ke atas pokok angsana lalu dibina sarangnya untuk bertelur dan menyuap anak-anak gagak.Ia tahu bahan ini sukar hendak patah dan tahan dari tiupan angin kencang tidak akan mudah goyang dan musnah.
Gagak ialah terdiri dari sepisis yang bijak dan pandai.Matanya cergas,pantas mencari makanan terutama daging seperti bangkai tikus yang kena gilis oleh kenderaan,sisa buangan dari kedai atau warung makan akan menjadi tumpuan.Berbanding dengan burung-burung lain yang malas.
Raja Udang sudah tidak pergi ke tepi kuala dan sungai untuk mencari rezekinya.Udang dan ikan tidak timbul di kali.Lalu terbanglah ia ke wilayah bandar,mencari pohon untuk berteduh dan menanti rezeki di tongtong sampah,di pasar basah setiap pagi kalau-kalau ada rezekinya.Kini aku dapat melepaskan rinduku melihat raja udang yang dahulu banyak berkeliaran di tebing sungai kampungku.Bulu dan paruhnya masih kekal dengan keindahannya.Merah paruhnya,biru dan hitam badannya tentu cantik sekali dipanah sang suria di pagi hari.

Beruk meronta minta makanan jadi garang,
Gemarkan berangan dihidu di muncung
Buruknya ibukota terbakar jadi arang,
Mencemarkan pandangan di mata pelancong.