MASA DERAS BERLALU - TIME CHASING YOU

TIME WILL NEVER DIE, IT WILL MAKE YOU SHY, SO LET US CHASE IT WHEN GOING SO HIGH; LIFE GOES BYE-AND-BYE, IT WILL NEVER DIE.

Saturday, July 26, 2008

Pak Long the Octogenarian

Beliau pernah menjadi ADC kepada AlmarhumTunku Abdul Rahman Putera Al-Haj,Perdana Menteri Pertama Malaysia. Kini menghabiskan sisa-sia hidupnya di Taman Seri Keramat,Ulu Klang. Tinggal bersama anaknya yang bujang,hidup atas sara wang pencen. Kerap kali aku bertemu beliau berbelanja di Pasar Malam membeli barang makanan dan lain-lain keperluan hidup. Isterinya telah lama meninggal dunia.Untuk menghindarkan kesunyian seringkali aku bertemunya di surau memandu kereta Nissan 130 sebagai rumah kedua,mudah untuk bergerak. Dalam keretanya penuh dengan barangan keperluan seperti kain,baju dan kopiah untuk bersolat di merata surau dan masjid atas daya kemampuannya bergerak.Bertapa besarnya jasa orang tua ini,tetapi hidupnya terpinggir dalam kesunyian. Untuk mencari ketenangan beliau masih lagi berjenaka dengan para jemaah yang jauh lebih junior darinya.Tidak kira siapa beliau berbual dengan siapa yang mendengar celotehnya yang menyingkap zaman silam. Pantun:
Laut yang dalam mahu diduga,
Tempat berenang ikan berkawan;
Patut memahami kehendak orang tua,
Dapat menyelam ilmu dan iman.
Translation:
Far into the deep,
School of fish roamed the see;
Let's understand the old man needs,
Faith and knowledge on his hand.