MASA DERAS BERLALU - TIME CHASING YOU

TIME WILL NEVER DIE, IT WILL MAKE YOU SHY, SO LET US CHASE IT WHEN GOING SO HIGH; LIFE GOES BYE-AND-BYE, IT WILL NEVER DIE.

Wednesday, December 10, 2008

Gergasi: Aeon-Jusco






Kini Gergasi bergelar Aeon-Jusco telah siap dan mula beroperasi pada 5 Disember 2008 lalu.


Lalu meratah lahap ikan-ikan bilis di jajaran jalan di kawasan taman perumahan kami. Hari pertama,penuh sesak di jalan raya.Parking kereta kiri dan kanan tanpa peduli lalu lintas lain.


Sesak di kawasan rumah kami.Mereka, pengunjung tidak peduli letak kereta ikut suka hati.


Sudah kujangkakan memang benar berlaku sesuatu yang merumitkan daerah perumahan kami.


Peragut kian leluasa,penjenayah bermaharajalela, tidak terkata.Pemuda berpeleseran tidak terhingga. Pakai motosikal tanpa lesen memandu tanpa pakai topi keledar. Sangkanya jalanraya mereka punya.


Bagai nak rak di jalan raya,manusia mengunjungi gergasi pelahap wang bangsaku di sini.Yang punya kedai bukanlah bangsa kami,Melayu. Semuanya dimonopoli oleh mereka. Anak peribumi dan pendatang asing hanya menjadi kuli penjaga gerai,pengawal keselamatan, dan penjaga kedai. Saham keuntungan dimiliki oleh anak gergasi ini. Tidak dikongsi dengan anak peribumi.