MASA DERAS BERLALU - TIME CHASING YOU

TIME WILL NEVER DIE, IT WILL MAKE YOU SHY, SO LET US CHASE IT WHEN GOING SO HIGH; LIFE GOES BYE-AND-BYE, IT WILL NEVER DIE.

Saturday, February 28, 2009

Sejarah Melaka

Kalau roboh kota Melaka,
Papan di Jawa kami kembalikan
Kalau sungguh apa dikata
Nyawa dan badan kami serahkan.
Dari celah rumah pusaka,
Sungai Melaka nampak menawan;
Air mengalir menuju muara,
Memuat sampan penuh sekawan.

Pelabuhan Melaka menjadi tumpuan,
Pedagang singgah membawa barangan;
Ramai belaka berpesta jualan,
Di pantai Melaka riuh menawan.












Thursday, February 19, 2009

Alam Tercemar di Ibukota

Burung gagak ini memberanikan diri,menanti di belakang sebuah restoran mamak menunggu sisa buangan seperti perut ikan,kaki ayam,perut ayam,dan lain-lain yang boleh menjadi rezeki yang enak untuk si gagak dan keluarganya.Terlalu banyak berkeliaran di sekitar taman perumahan.Kumpulan gagak ini akan membuat sarang di atas pokok angsana yang tinggi.Kecerdasan gagak ini sangat pandai memilih bahan pembinaan sarangnya.Ia tidak lagi mengambil ranting yang jatuh patah untuk membuat sarangnya.
Aku dan isteri hairan kenapa penyangkut baju besi yang disalut dengan plastik selalu jatuh ke bawah dan hilang.Rupa 'hanger' ini telah dicuri dan dibawa terbang ke atas pokok angsana lalu dibina sarangnya untuk bertelur dan menyuap anak-anak gagak.Ia tahu bahan ini sukar hendak patah dan tahan dari tiupan angin kencang tidak akan mudah goyang dan musnah.
Gagak ialah terdiri dari sepisis yang bijak dan pandai.Matanya cergas,pantas mencari makanan terutama daging seperti bangkai tikus yang kena gilis oleh kenderaan,sisa buangan dari kedai atau warung makan akan menjadi tumpuan.Berbanding dengan burung-burung lain yang malas.
Raja Udang sudah tidak pergi ke tepi kuala dan sungai untuk mencari rezekinya.Udang dan ikan tidak timbul di kali.Lalu terbanglah ia ke wilayah bandar,mencari pohon untuk berteduh dan menanti rezeki di tongtong sampah,di pasar basah setiap pagi kalau-kalau ada rezekinya.Kini aku dapat melepaskan rinduku melihat raja udang yang dahulu banyak berkeliaran di tebing sungai kampungku.Bulu dan paruhnya masih kekal dengan keindahannya.Merah paruhnya,biru dan hitam badannya tentu cantik sekali dipanah sang suria di pagi hari.

Beruk meronta minta makanan jadi garang,
Gemarkan berangan dihidu di muncung
Buruknya ibukota terbakar jadi arang,
Mencemarkan pandangan di mata pelancong.












Thursday, February 12, 2009

Pohon Mahogani dan Kemalangan

Tahun beralih sedia menanti,
Bak ditabur angin di musim dingin;
Daun mahogani kering di bulan Januari,
Gugur bersepah ditiup angin.



Angin tiup daun melayang,
Kasih kukuh datang bersama;
Tinggal ranting daun hilang,
Masih teguh batangnya utama.


Musim beralih sinar mentari,
Daun emas tambah berseri;
Hujan turun membasah diri,
Subur tunas tidak terperi.


Berhati-hati destinasi dituju,
Motor banyak tidak terduga;
Simpang tiga kereta laju,
Tergolek sudah jatuh juga.

Anak kera melompat di papan,

Unggun dibakar api dipegang;

Cedera sudah pemandu hadapan,

Sukar bangun sakitnya pinggang.

Saturday, February 7, 2009

Januari 2009: Peperangan di Gaza

Disuruh bangun menyuci diri,
Duduk bersolat menunggu jam;
Seluruh dunia bangun berdemonstrasi,
Mengutuk Israel yang paling kejam.

Gambar terakhir Allahyarham sdr Zubir Ali dan rakan-rakan di persembahan Malam Puisi di Laman Istana Budaya,laungan menentang Perang di Gaza.
Berdiri bersantun budi terpuji,
Malah menanti air se-tin;
Penyanyi mengalun lagu puisi,
Kisah Yahudi membunuh Palestin.


Memburu tertembak si kijang putih,
Manis dagingnya dimasak kelapa;
Peluru ditembak seperti bertih,
Zionis membunuh tidak kira siapa.


Arnab di kandang duduk memendam,
Makanan terhidang tidak bermakna;
Arab bersidang keputusan terpendam,
Tindakan hilang entah ke mana.









Monday, February 2, 2009

Villa Sentosa

Berkawan mengukuh tali silaturahim,
Keris pusaka menjadi perkasa;
Tuan Haji Abdul Rahim bin Haji Hashim,
Pewaris menjaga Villa Sentosa.

Bertemu janji lalu melawat,
Duduk bertanya apa yang dapat;
Tetamu diberi buku pelawat,
Mencoret kata-kata beri pendapat
.



Bertemu duduk penuh hemat,
Tanah pusaka dijual jangan;
Tetamu duduk mendengar taklimat,
Rumah pusaka menjadi kenangan.


Buah kecumbung sudah bersemi,
Menanti dimakan bersama penghulu
Bucu bumbung indah berseni,
Menjadi rakaman kenangan dahulu.