MASA DERAS BERLALU - TIME CHASING YOU

TIME WILL NEVER DIE, IT WILL MAKE YOU SHY, SO LET US CHASE IT WHEN GOING SO HIGH; LIFE GOES BYE-AND-BYE, IT WILL NEVER DIE.

Sunday, April 27, 2008

Peniaga India Lorong Alley Selangor Mansion



Namanya Shagul,sanggup merantau beribu batu dari Madras ke Malaysia cuma untuk mencari rezeki di tanah air kita.

Bukan apa sangat kerjanya,hanya menjadi pelayan sebuah gerai yang sibuk,tempat lalu lalang penghuni flat yang usang di Selangor Mansion,jalan Masjid India.

Katanya beliau tinggal bersama rakan-rakan senegara di atas flat usang dalam sebuah bilik yang sempit. Cukup untuk melunjurkan tubuh setelah penat berkerja.

Gerai tempat dia bekerja milik beberapa orang senegaranya. Kita tidak tahu yang mana satu bos kerana tiada identiti bossnya. Semua mereka bekerja sama melayan pelanggan yang ramai berkunjung ke sini.

Bila terlalu banyak pelanggan datang,dia akan membuka meja lipat dan sediakan kerusi untuk pelanggan-pelanggannya.

Suasana di sini akan menjadi riuh rendah dengan perkataan-perkataan,'Teh tarik,satu kurang manis! roti canai satu,banjir! teh o ais limau kurang manis! kopi o panas! mee goreng pedas! teh o nipis! teh o keras! kopi tarik kurang manis! '.

Inilah suasana yang meriuhkan lorong sempit di Selangor Mansion yang usang.Penuh di sewa oleh penduduk kekal dan pendatang haram dari India,Bangladesh,Pakistan,dan ada juga Mynmar.

Penghuni-penghuni flat akan turun mencari dan mengisi perut di gerai-gerai lorong dalam bangunan-bangunan di jalan masjid India. Terutamanya di hari Jumaat sementara menanti masuknya waktu solat Jumaat di Masjid India dan Masjid Jame'.

Kebanyakan mereka ini pekerja di tempat lain di sekitar KL dan Selangor.Tinggal di alamat flat ini bersama rakan-rakan kongsi atau pun saudara-mara. Di flat inilah menjadi markas transit samada waktu sampai dari negara asal atau waktu hendak pulang juga.

Bila datang hanya pakai kain sahaja dan satu beg kecil,pakaian sehelai sepinggang cukup sebelum mendapat kerja. Bila sudah mendapat kerja dan wang pun cukup,mereka ini akan berubah corak samaada dari segi pakaian dan pemakanan sedikit mewah.

Lalu dapatlah mereka memilik telefon bimbit,cincing dan jam tangan. Sudah tidak pakai kain putih lagi,kini pakaian pentalon dan baju lengan panjang menjadi suit biasa.

Shagul ini sudah dua tahun bekerja di sini melayan pelanggan minum dan makan di gerai tersorok ini,lorong bawah Selangor Mansion. Bukan tempat yang eklusif. Tetapi sentiasa dikunjungi oleh pelanggan sekitar yang bekerja di Bank,Gedung Perniagaan,buruh DBKL,dan rata-rata pengguna yang sederhana hidup mereka.

Shagul sudah kenal aku dengan permintaan teh-C-kurang manis,dan aku akan makan samada roti canai atau pun nasi lemak piramid yang sedia terhidang di depan mata atas meja. Bila tidak sibuk aku bertanya sudah berapakali pulang ke Madras ? Katanya setahun sekali sukar baginya,malahan 2 / 3 tahun sekali baru dapat ditunaikan.Menjenguk famili yang berada di kampung.Itu pun ada wang yang cukup tersimpan,setiap bulan terpaksa hantar ke kampung menampung belanja familinya.

Aku rasa keuntungan gerai dia bekerja ini tentu lumayan.Sebabnya,pelanggan tidak putus-putus datang dan duduk di bangku plastik,lalu order makan dan minuman. Pihak berkuasa hanya datang lihat dan tutup sebelah mata sahaja. Bukannya bersih sangat,lantai sentiasa hitam,suasana kelam,hanya pancaran dari matahari dari celah bangunan ini.

Sesekali pihak LHDN buatlah spot-check minta mereka isthiharkan pendapatan dan pekerja di sini supaya dijadikan lebih profesional dalam mengutip cukai.