MASA DERAS BERLALU - TIME CHASING YOU

TIME WILL NEVER DIE, IT WILL MAKE YOU SHY, SO LET US CHASE IT WHEN GOING SO HIGH; LIFE GOES BYE-AND-BYE, IT WILL NEVER DIE.

Sunday, April 27, 2008

Peniaga India Lorong Alley Selangor Mansion



Namanya Shagul,sanggup merantau beribu batu dari Madras ke Malaysia cuma untuk mencari rezeki di tanah air kita.

Bukan apa sangat kerjanya,hanya menjadi pelayan sebuah gerai yang sibuk,tempat lalu lalang penghuni flat yang usang di Selangor Mansion,jalan Masjid India.

Katanya beliau tinggal bersama rakan-rakan senegara di atas flat usang dalam sebuah bilik yang sempit. Cukup untuk melunjurkan tubuh setelah penat berkerja.

Gerai tempat dia bekerja milik beberapa orang senegaranya. Kita tidak tahu yang mana satu bos kerana tiada identiti bossnya. Semua mereka bekerja sama melayan pelanggan yang ramai berkunjung ke sini.

Bila terlalu banyak pelanggan datang,dia akan membuka meja lipat dan sediakan kerusi untuk pelanggan-pelanggannya.

Suasana di sini akan menjadi riuh rendah dengan perkataan-perkataan,'Teh tarik,satu kurang manis! roti canai satu,banjir! teh o ais limau kurang manis! kopi o panas! mee goreng pedas! teh o nipis! teh o keras! kopi tarik kurang manis! '.

Inilah suasana yang meriuhkan lorong sempit di Selangor Mansion yang usang.Penuh di sewa oleh penduduk kekal dan pendatang haram dari India,Bangladesh,Pakistan,dan ada juga Mynmar.

Penghuni-penghuni flat akan turun mencari dan mengisi perut di gerai-gerai lorong dalam bangunan-bangunan di jalan masjid India. Terutamanya di hari Jumaat sementara menanti masuknya waktu solat Jumaat di Masjid India dan Masjid Jame'.

Kebanyakan mereka ini pekerja di tempat lain di sekitar KL dan Selangor.Tinggal di alamat flat ini bersama rakan-rakan kongsi atau pun saudara-mara. Di flat inilah menjadi markas transit samada waktu sampai dari negara asal atau waktu hendak pulang juga.

Bila datang hanya pakai kain sahaja dan satu beg kecil,pakaian sehelai sepinggang cukup sebelum mendapat kerja. Bila sudah mendapat kerja dan wang pun cukup,mereka ini akan berubah corak samaada dari segi pakaian dan pemakanan sedikit mewah.

Lalu dapatlah mereka memilik telefon bimbit,cincing dan jam tangan. Sudah tidak pakai kain putih lagi,kini pakaian pentalon dan baju lengan panjang menjadi suit biasa.

Shagul ini sudah dua tahun bekerja di sini melayan pelanggan minum dan makan di gerai tersorok ini,lorong bawah Selangor Mansion. Bukan tempat yang eklusif. Tetapi sentiasa dikunjungi oleh pelanggan sekitar yang bekerja di Bank,Gedung Perniagaan,buruh DBKL,dan rata-rata pengguna yang sederhana hidup mereka.

Shagul sudah kenal aku dengan permintaan teh-C-kurang manis,dan aku akan makan samada roti canai atau pun nasi lemak piramid yang sedia terhidang di depan mata atas meja. Bila tidak sibuk aku bertanya sudah berapakali pulang ke Madras ? Katanya setahun sekali sukar baginya,malahan 2 / 3 tahun sekali baru dapat ditunaikan.Menjenguk famili yang berada di kampung.Itu pun ada wang yang cukup tersimpan,setiap bulan terpaksa hantar ke kampung menampung belanja familinya.

Aku rasa keuntungan gerai dia bekerja ini tentu lumayan.Sebabnya,pelanggan tidak putus-putus datang dan duduk di bangku plastik,lalu order makan dan minuman. Pihak berkuasa hanya datang lihat dan tutup sebelah mata sahaja. Bukannya bersih sangat,lantai sentiasa hitam,suasana kelam,hanya pancaran dari matahari dari celah bangunan ini.

Sesekali pihak LHDN buatlah spot-check minta mereka isthiharkan pendapatan dan pekerja di sini supaya dijadikan lebih profesional dalam mengutip cukai.

Friday, April 25, 2008

Nasi Lemak Piramid

Nasi lemak piramid bungkus,
dahulu dibungkus dengan daun pisang.

Dibeli dibawa bekal ke sekolah,
sampailah tengah hari kenyangnya.

Aroma daun pisang terasa keluar,
membuka selera sewaktu hendak makannya.

Kini sudah berubah corak,
dari daun pisang ke kertas surat khabar.

Dalamnya ada sedikit daun pisang,
menampung sedikit nasi dan sambal dalamnya.

Kini dibungkus dengan kertas kuning,
sedia terjual sebagai pembungkus mudah.

Kertas kuning disalut dengan kalis air,
dibungkus kemas seperti piramid.

Dari gerai dan warung tepi jalan,
sampai ke kiosk cafe-house food-court
akan tersedia terhidang untuk pelanggan.

Bukan ada apa sangat lauknya,
yang biasa sambal sedikit ikan bilis dan kacang.

Yang sedap memang sedap rasanya,
yang hampa memang hampa rasanya.

Silap masa terlalu lama telah dibungkus
wap aroma mapat ke dalam bungus.

Alamat termakan nasi lemak basilah,
jika sakit perut sendiri tanggunglah.

Ada yang bubuh telur rebus sejurai potong,
ada yang bubuh telur dadar sejurai potong.

Sekali ngap selesai sudah
cukuplah sementara menanti
makan yang lebih besar.

Nasi bungkus ini,anakku namakan nasi piramid,
aku masih menamakan nasi lemak bungkus.

Bungkusannya masih tetap sama,
cuma pembungkusnya berubah.

Adakah ini identiti pembungkusan kita?
kalau benar,marilah kita komersialkan.

Wednesday, April 23, 2008

Ikan Bakar Buka Selera, di Tepi Jalan Masjid India

1.
Bila berkata janganlah celupar,
Tidak akan terbiar rakan di sana;
Membuka selera di kala lapar,
Ikan bakar di jalan masjid India.

2.
Tidak akan terbiar rakan di sana,
Kerana hendak menjamu selera;
Ajakkanlah dia duduk bersama,
Masakan tidak kita bermesra.

Translation: 1

Be careful of what you speak,

Without leaving your friends out there;

Fill the urge of thy stomach,

With roastered fish at the Mosque Street.

Translation: 2

Do not leave you friends out there,

Cause to fill your appetite;

Let them seat together,

Let's be enjoyed the food here.

Monday, April 21, 2008

Old Books is just like an old man



Old books is just like an old man.

It's colors will be worn out.

Papers easily torn away.

Ready to be thrown to trash bin.

Nobody will look upon it.

When the pages loosen away,it will be blown by the wind.

But the written words and messages still be valid from a year to years.

Sunday, April 20, 2008


Selesai waktu solat Jumaat,sementara menunggu waktu masuk ke pejabat tempat kerja,mereka akan melepak di simen masjid yang sejuk. Mungkin kedamaian ada di sini.
Sambil berborak dengan rakan yang sama kerja atau pun yang lama tidak berjumpa,sementara menanti waktu tiba. Berbicara,bertanya khabar dan berita.
Ada yang hanya duduk bersandar pada tiang yang tidak tumbang-tumbang.Menanti yang belum datang,berbual rancaklah mereka di sini.
Kadangkala kedengaran suara-suara yang meninggi dan kalanya rendah di selang seli dengar gelak ketawa yang berpanjangan menerusi ruang yang tidak terhalang dari tiang-tiang masjid.
Kebanyakan yang ambil kesempatan berbaring dan tertidur sehingga dikejutkan oleh rakan kerana waktu kerja sudah sampai untuk masuk ke pejabat.

Friday, April 18, 2008

Jambatan Merpati Menunggu Rezeki

Merpati menunggu rezeki di pagi hari,
Bertenggek atas saluran paip di ibu kota;
Mimpi tidak diganggu kami di sini,
Bertempek dari lipuran tidak terkata.
Bertenggek atas saluran paip di ibu kota,
Menanti perdagang menabur gandum;
Riuh berpekek kami berpesta,
Walaupun saham pelabur gugur merudum.
Menanti perdagang menabur beras,
Kami berihat membelai bulu;
Janji sudah bercampur malas,
Kami melihat orang sudah selesai dulu.

Wednesday, April 16, 2008

Puncak Kuala Lumpur (K.L.Tower)

Nyiur gading puncak mahligai,
Kapal udara mencari tanda;
Biar berganding kita berdamai,
Bakal bicara menjadi usaha.
Kapal udara menjadi tanda,
Menara K.L.tinggi memuncak;
Bakal bicara menjadi usaha,
Kerana kita sukar nak nampak.
Menara K.L.tinggi memuncak,
Tempat kunjungan pelancong dunia;
Kerana kita sudi mengajak,
Dapat keuntungan kita bersuka ria.

Monday, April 14, 2008

Rapid bus in the city of Kuala Lumpur,
Where passengers hop- in and go;
Into the busy life like bees-buzz,
Towards destination wherever will to go.

Asian Media: Rapid Bus

Pergi ke sana tiada bersedia,
Dapat diteka dari sana;
Di mana-mana ada media,
Tempat kita mencari makna.

Thursday, April 10, 2008

Sculpture by Mad Anuar Ismail

Mad Anuar is a leading artist of Malaysia,born in Dungun,East Coast of Malaysia. A full time artist work on his own studio. Now living Kuala Lumpur with his family. Graduated in Fine Art ,from University Institute of Technology Mara.This series of work entitled Storm Riders had been displayed to public gallery before. He works with medium of wood,steel and canvas. Most of his works captured the life of peasants in the fishing village of Terengganu. Life and struggled for living thru hardship in rowing and sailing their boats in the open- sea, of The South China Sea.

Tuesday, April 8, 2008

'Selamat Datang' Menuntut Ilmu


Selamat datang hamba ucapkan,
Kepada rakan-rakan sekalian.

Pintu rumah sentiasa terbuka,
Tidak perlu pengawal untuk berjaga.

Hidangan ilmu hanya sedikit,
Lama kelamaan mendapat bukit.

Ilmu tidak guna disimpan,
Ia akan karam bersama sampan.

Ilmu tidak usah kedekut,
Menjadi tuan tidak rasa takut.

Yang baik dijadikan teladan,
Yang buruk dijadikan sempadan.

Ilmu perlulah disebar luas,
Nescaya tuan mendapat puas.

Ilmu bukan dijual beli,
Tidak akan berkat bila diberi.

Ilmu banyak di dalam sampan,
Jangan dismpan menjadi angan-angan.

Berkayuh sampan mudik ke hulu,
Bawalah muatan penuhi ilmu.

Hidup di dunia hanya sekali,
Biar berjasa kekal abadi.

Jasa ditinggal di dalam peti,
Supaya dinikmati generasi kini.




Tuesday, April 1, 2008

Mukaddimah: Desa Puisi

Awal kata dengan Basmallah,
Meneroka tanah di padang maya;
Tak kenal siapa yang bermadah,
Marilah kita sama mencuba.

Melenggang ke sisi gaya perwira,
Dumba cak limpung bersama kami;
Gelanggang puisi budaya negara,
Hamba baru berkampung di sini.

Ke pekan berjalan beli pegaga,
Menebar tali menangkap buaya;
Tinggalan warisan dari pujangga,
Menyebar puisi jati budaya.