Senja melakarkan lukisan indah,
dengan berus dari pelukis alam;
Penyair suka tempat bermadah,
akan tercetus karya atas pualam.
Hotel mewah di Jalan Masjid India,
tumpuan pendatang dari Chennai;
Tempat transit ke seluruh negara,
kerana di sini mereka berjumpa.
Gelendangan di kota tanpa destinasi,
hidup merempat mencari tempat;
Mata liar memerhati mencari,
kemunculan van kebajikan masyarakat.
Tandas modern di ibu kota,
sekali masuk lima belas minit;
Jika berak keras sembelit,
berak tak habis pintu terbuka.
Syiling 20 sen masuk ke dalam slot,
tunggu pintu baharu terbuka;
Jangan cuba nak masuk percuma,
anda terkunci tak boleh membuka.
Dari jendela bas aku nikmati,
cuaca indah di luar sana;
Lensa kamera menghala tuju,
ke bangunan Twin Tower.
Terkumpul khazanah seni negara,
karya kreatif seniman tersohor;
Walaupun musnah gedung menara,
karya tersebar terkenal masyhur.
Dia merantau tanpa bekalan,
di kakilima tempat istirehat;
Menadah mangkuk jadi amalan,
menanti sumbangan menghilang penat.
Tanglung digantung sambut pesta,
pesta dirai bersama rakan;
Maklong pun datang menaiki kereta,
mengenangkan lama nak jumpa taulan.