Sdr kaleMas dan sdr Ariff Abadi
MASA DERAS BERLALU - TIME CHASING YOU
Thursday, December 18, 2008
Tuesday, December 16, 2008
Malam HESCOM '08
Sdr Mustafa Bakri (MB),Penyair
Sdr Nizam Rizal,Pelukis Grafik.
Sdr Zaidin Abadi,Penyair.
Sdr H.M.S.Abu Bakar,Penyair
Pantun:
Tabir Alam berbaju belang,
MB pula berbaju batik;
Zaidin Abadi lekas hendak pulang,
Masa baru berlalu sedetik.
Translation:
Tabir Alam in black-n-white stripes,
MB wears his beautiful batik;
Zaidin Abadi hurried to beat the express,
Only few hours we're not heat.
Friday, December 12, 2008
Azree bin Che Ahmad Saudagar's Wedding
L to R: Azree and his Bride,his father Che Ahmad Saudagar (in songkok)
Left to Right: Tengku Mariam(Johor Regency),Azree and bride,Che Ahmad Saudagar and Azree's sister.
L-R: Tengku Mariam,Azree and bride,Che Ahmad Saudagar (father)
Azree and his bride
Pantun:
Kupu-kupu terbang lagaknya pari-pari,
Lalu terjatuh di bumi Mahawangsa;
Sepupuku bertandang anaknya dari J-Bi,
Bertemu jodoh dara di Setiawangsa.
Translation:
Beautiful butterflies flew like ferries,
Hurt and dropped at field of Mahawangsa;
The bridegroom been hosted from J-Bees,
To meet his bride in land of Setiawangsa.
@msm040109
Wednesday, December 10, 2008
Gergasi: Aeon-Jusco
Kini Gergasi bergelar Aeon-Jusco telah siap dan mula beroperasi pada 5 Disember 2008 lalu.
Lalu meratah lahap ikan-ikan bilis di jajaran jalan di kawasan taman perumahan kami. Hari pertama,penuh sesak di jalan raya.Parking kereta kiri dan kanan tanpa peduli lalu lintas lain.
Sesak di kawasan rumah kami.Mereka, pengunjung tidak peduli letak kereta ikut suka hati.
Sudah kujangkakan memang benar berlaku sesuatu yang merumitkan daerah perumahan kami.
Peragut kian leluasa,penjenayah bermaharajalela, tidak terkata.Pemuda berpeleseran tidak terhingga. Pakai motosikal tanpa lesen memandu tanpa pakai topi keledar. Sangkanya jalanraya mereka punya.
Bagai nak rak di jalan raya,manusia mengunjungi gergasi pelahap wang bangsaku di sini.Yang punya kedai bukanlah bangsa kami,Melayu. Semuanya dimonopoli oleh mereka. Anak peribumi dan pendatang asing hanya menjadi kuli penjaga gerai,pengawal keselamatan, dan penjaga kedai. Saham keuntungan dimiliki oleh anak gergasi ini. Tidak dikongsi dengan anak peribumi.
Friday, December 5, 2008
NO DSA dan NO ISA
Sebuah poster di bandaraya,
"NO DSA dan NO ISA"
menghiasi pembahagi ruang
di sebuah bangunan yang sedang rancak
pembangunannya. Apakah kempen kita di ibukota tidak habis-habis dengan poster haram,menghadang dan memburukkan bandar dengan lakaran yang menyakitkan hati. Dulu ada beberapa buah grafiti di benting sungai Kelang,kini sudah hilang.Sekalung terima kasih harus diberi kepada pihak DBKL yang telah membersihkannya. Kini poster haram yang di tempel merata-rata bangunan pula menjadi hiasan di kota kita.
"Cintailah Sungai dan Kota Kita."
Wednesday, December 3, 2008
Selamat Tinggal Seniman Negara
'Selamat Tinggal Seniman Negara'
apa yang kau tinggalkan ialah khazanah teater hidup yang berselerak di dada majalah,jurnel,tv dan panggung,
Sejak tahun 50-an lagi kau telah berjinak dengan teater radio dan tv.Ketika itu aku masih ingat ''Let's Get Together''.
Betapa kita terus mencari identiti,mencari misteri hidup.Di zaman dharurat,di mana komunis bermaharaja lela.Kau rakam dalam drama "Going North" atau "Menuju ke Utara".Kisah seorang tua menunggu anaknya pulang bercuti di kampung.Anaknya seorang mahasiswa,harapan orang tua menemui anaknya.Tiada kesampaian.Bila ditanya kepada Ketua Stesen KTM,keretapi tidak akan tiba kerana diserang oleh askar komunis. Nyatalah tidak berlaku yang hilang ialah orang tua itu.Hanya tasbih dan tongkatnya sahaja dijumpai oleh anaknya di stesen kereta.
Keretapi terus menuju ke utara ! Orang tua itu sudah tiada.