Pengantin berjalan menuju ke pelamin,
Menjadi ditonton raja sehari;
Bunga segar sudah disunting,
Dipakai layu disinar mentari.
Kalau tuan pergi ke Siam,
Jangan lupa membeli jambu;
Kalau tuan kini mengidam,
Cubalah makan sebiji satu.
Grafiti di belakang bangunan,
terpulanglah pada penonton melihatnya;
Pelukis mengisi ruang terbiarkan,
adakah ini suatu kerja seninya ?
Masa muda banyak tenaga,
masa tua kian lemah;
Sentiasa ingat selayak menjaga,
biar sihat sentiasa berhemah.
di hari cuti am kawasan kota raya,
penuh dengan orang asing;
mengambil kesempatan bertemu mesra,
dengan rakan senegara masing-masing.
Senja melakarkan lukisan indah,
dengan berus dari pelukis alam;
Penyair suka tempat bermadah,
akan tercetus karya atas pualam.
Hotel mewah di Jalan Masjid India,
tumpuan pendatang dari Chennai;
Tempat transit ke seluruh negara,
kerana di sini mereka berjumpa.