MASA DERAS BERLALU - TIME CHASING YOU

TIME WILL NEVER DIE, IT WILL MAKE YOU SHY, SO LET US CHASE IT WHEN GOING SO HIGH; LIFE GOES BYE-AND-BYE, IT WILL NEVER DIE.

Monday, January 12, 2009

Kaca Mata Burung dari Wisma Sejarah

Tuan Haji Mohd.Khailani Abdul Jalil, Pengetua Sek.Men.Segambut,K.L.

Institut Jantung Negara,Bangunan Baru dalam persiapan

IJN dalam persiapan

KL Tower

KL Tower

Pantun:
Berakit beruntung berkayuh penat,
Rasa sengal seluruh tubuh ketara;
Penyakit jantung kian meningkat,
IJN terkenal seluruh nusantara.

Tuesday, January 6, 2009

Negara ASEAN









Teguh berdiri di negara Asia
Melakar peta di sudut tenggara


ASEAN kaya dengan kebudayaan,
Bersatu teguh dalam semangat setiakawan.
Rakyat hidup aman sentiasa
Rezeki dikurnia dari tanah yang berbaja
Padi jadi makanan ruji
Ditanam seluruh pelusuk negeri
Ladang luas menabur budi
Tidak kebulur sehingga kini
ASEAN tegak maha perkasa
Sentiasa diiri negara yang merdeka
ASEAN mampu duduk setanding
Dengan yang maju tidak perlu didinding
Bumi kami bumi bertuah
Dicampak benih tentu berbuah
Hasil lumayan tidak habis dimakan
Bahkan menjadi negara lain berebutan
Dari laut ikan banyak terhasil
Kami hidup tidak pernah terpencil
Di hutan banat penuh khazanah
Menjadi pusat seperti kutub khanah
Hidup bersatu tanda muafakat
ASEAN sentiasa membawa barkat.



Friday, January 2, 2009

Nenek Bedah 82 tahun meninggal di Taman Keramat Nov.2008

Tuan Imam sampai di Tanah Perkuburan untuk Membaca Talkin
di hari pengkebumian Nenek Bedah.
Hujan tidak berhenti-henti sewaktu talkin dibacakan.

Penukang kayu,pembuat keranda di tanah perkuburan ini,seorang Indonesia.


Taman nuseri di pintu masuk tanah perkuburan Taman Keramat.

Daun Lontar yang hidup segar tanah perkuburan ini

Pantun:


Buah rumania masak setara,
Sempat diisi ke dalam bekalan;
Dunia ini hanya sementara,
Tempat kita mengisi amalan.


Translation:


Rumania fruits ripened together,
To be fill into the sack;
Living in this world not much longer,
Only to serve before we're back.



Thursday, December 18, 2008

Malam HESCOM '08

Sdr Adet dan Dato Akmal Jiwa

Adet,Penyanyi Lagu Puisi

Sdr kaleMas dan sdr Ariff Abadi

Cikgu Hasimah

Sdr Teratai

Pantun:
Pre-paid Celcom dijual berkartu,
Bertemu remaja banyak berkata;
Malam Hescom 08 kami bersatu,
Bertemu rakan di alam nyata.
Translation:
Pre-paid Celcom sale a lot,
Meet their mate in the air;
Hescom 08 together we got,
Friends never met in the air.

Tuesday, December 16, 2008

Malam HESCOM '08

Sdr Tabir Alam, Penyair

Sdr Mustafa Bakri (MB),Penyair


Sdr Nizam Rizal,Pelukis Grafik.


Sdr Zaidin Abadi,Penyair.



Sdr H.M.S.Abu Bakar,Penyair

Pantun:

Tabir Alam berbaju belang,
MB pula berbaju batik;
Zaidin Abadi lekas hendak pulang,
Masa baru berlalu sedetik.


Translation:

Tabir Alam in black-n-white stripes,
MB wears his beautiful batik;
Zaidin Abadi hurried to beat the express,
Only few hours we're not heat.



Friday, December 12, 2008

Azree bin Che Ahmad Saudagar's Wedding

L to R: In Batik-n-Songkok, my brother Emran and Myself.

L to R: Azree and his Bride,his father Che Ahmad Saudagar (in songkok)

Left to Right: Tengku Mariam(Johor Regency),Azree and bride,Che Ahmad Saudagar and Azree's sister.

L-R: Tengku Mariam,Azree and bride,Che Ahmad Saudagar (father)

Azree and his bride


Pantun:

Kupu-kupu terbang lagaknya pari-pari,
Lalu terjatuh di bumi Mahawangsa;
Sepupuku bertandang anaknya dari J-Bi,
Bertemu jodoh dara di Setiawangsa.

Translation:

Beautiful butterflies flew like ferries,
Hurt and dropped at field of Mahawangsa;
The bridegroom been hosted from J-Bees,
To meet his bride in land of Setiawangsa.


@msm040109

Wednesday, December 10, 2008

Gergasi: Aeon-Jusco






Kini Gergasi bergelar Aeon-Jusco telah siap dan mula beroperasi pada 5 Disember 2008 lalu.


Lalu meratah lahap ikan-ikan bilis di jajaran jalan di kawasan taman perumahan kami. Hari pertama,penuh sesak di jalan raya.Parking kereta kiri dan kanan tanpa peduli lalu lintas lain.


Sesak di kawasan rumah kami.Mereka, pengunjung tidak peduli letak kereta ikut suka hati.


Sudah kujangkakan memang benar berlaku sesuatu yang merumitkan daerah perumahan kami.


Peragut kian leluasa,penjenayah bermaharajalela, tidak terkata.Pemuda berpeleseran tidak terhingga. Pakai motosikal tanpa lesen memandu tanpa pakai topi keledar. Sangkanya jalanraya mereka punya.


Bagai nak rak di jalan raya,manusia mengunjungi gergasi pelahap wang bangsaku di sini.Yang punya kedai bukanlah bangsa kami,Melayu. Semuanya dimonopoli oleh mereka. Anak peribumi dan pendatang asing hanya menjadi kuli penjaga gerai,pengawal keselamatan, dan penjaga kedai. Saham keuntungan dimiliki oleh anak gergasi ini. Tidak dikongsi dengan anak peribumi.