MASA DERAS BERLALU - TIME CHASING YOU

TIME WILL NEVER DIE, IT WILL MAKE YOU SHY, SO LET US CHASE IT WHEN GOING SO HIGH; LIFE GOES BYE-AND-BYE, IT WILL NEVER DIE.

Saturday, September 11, 2010

Kondo di Bukit Merah

Kondominium di Bukit Merah,
Tesergam indah mencakar awan;
Milenium ini hidup mewah,
Sekali genggam jangan dilepaskan.

Friday, September 10, 2010

juang

Merah menyala semangat juang,
musuh melanda bersatu semua;
Jika bala beratnya datang,
seluruh dada serah bersama. 

Thursday, September 9, 2010

Bunga Matahari

Bunga Matahari di Bukit Larut,
Indah dan segar di pagi hari;
Segera mencari harta yang luput,
Agar hidup bertambah berseri.

Wednesday, September 8, 2010

Bukit Merah Laketown

Bukit Merah Laketown resort baharu,
Datang beramai mencari kedamaian;
Janganlah marah jika tak terharu,
Kerana bersantai tak tercapaian.

Monday, September 6, 2010

Cikgu Hasimah

Cikgu Hasimah mendeklamasi puisi,
Dikala kami berkumpul bersama rakan;
Sungguh berhemah dan berisi,
Perlu dihadam setelah memakan.

Friday, September 3, 2010

Dua Tokoh Suri Bertemu

Di Malam HESCOM '09,
Dua suri tokoh bertemu mesra;
Cikgu Hasimah dan Puan Rashidah,
Bicara mesra di malam Anugerah.

Wednesday, September 1, 2010

Baca Puisi Bersantai

Abdul Rahim,Pyan Habib dan saya,
Bertemu dan bersantai di sebuah restoran;
Pyan dan Rahim membaca dengan gaya,
Terhibur kami dan hadiran.