Bunga Matahari di Bukit Larut,
Indah dan segar di pagi hari;
Segera mencari harta yang luput,
Agar hidup bertambah berseri.
Bukit Merah Laketown resort baharu,
Datang beramai mencari kedamaian;
Janganlah marah jika tak terharu,
Kerana bersantai tak tercapaian.
Cikgu Hasimah mendeklamasi puisi,
Dikala kami berkumpul bersama rakan;
Sungguh berhemah dan berisi,
Perlu dihadam setelah memakan.
Di Malam HESCOM '09,
Dua suri tokoh bertemu mesra;
Cikgu Hasimah dan Puan Rashidah,
Bicara mesra di malam Anugerah.
Abdul Rahim,Pyan Habib dan saya,
Bertemu dan bersantai di sebuah restoran;
Pyan dan Rahim membaca dengan gaya,
Terhibur kami dan hadiran.
Di manakah nama Menteri Ngah Ibrahim,
Terkenal di jajahan Larut diabadikan;
Hanya ada nama George Maxwell ditonjol,
Apakah bukan keturunan Long Jaafar yang kaya
di Larut ini ?
Di Bukit Merah pemandangan indah,
Udara segar dan nyaman sentiasa;
Makin meriah jika hati gundah,
Jiwa lara terubat terasa.