Si jantan menunjukkan minatnya,
mengajak si betina memakan gandum;
'Janganlah malu ambillah semuanya,
lepas makan kita terbang ke bumbung'.
Tengah hari dipanah cahaya terik,
dua merpati mencari rezeki;
Dari taburan gandum yang berselerak,
di bawah tayar kereta kami.
Tandas modern hari ini,
dimasukkan siling ke dalam slot;
Pintu tandas terbuka nanti,
gunakan tandas hanya 15 minit cukup,kot!
(pintu akan terbuka sendiri)
Raja sehari di bulan Februari,
ikatan termeteri dalam cincing di jari;
Kenangan abadi untuk mengisi perjalanan,
dalam melayari bahtera yang aman.
Sungai Pahang
aku mahu menyeberang
kau gagah dan ganas
kau tidak kenal belas kasihan.
Sungai Pahang
aku perlu menyeberang;
kau kuasai air
aku,
kuasai
jiwaku.
Mokhtarsahmalik
6Mac2010
Flowers from my garden,
red,blue,pink and voilet;
Giving life in the garden,
nice to smell and to look at.
Nasi lemak buah bidara,
daun selasih diurut urutkan;
Buang emak buang saudara,
kerana kasih semua diturutkan.
-(Pantun Klasik)